October 12, 2015

Resepi Sotong Telur Masin

Bahan-bahan:
  • sotong
  • telur masin
  • tepung kentucky
  • telur ayam
  • minyak masak
  • mentega
  • cili api
  • daun kari

Cara-cara
1.     Bersihkan sotong. Kemudian, celupkan sotong ke dalam telur ayam yang telah dipukul. Setelah itu, gaulkan sotong yg telah dicelup dengan tepung kentucky.
2.     Panaskan minyak. Goreng sotong tadi. Sementara itu, rebus telur masin. Angkat sotong setelah agak masak.
3.     Asingkan putih dan oren telur masin. Lenyekkan oren telur masin.
4.     Panaskan kuali. Cairkan mentega. 
5.     Masukkan oren telur masin sahaja.
6.     Setelah berbuih, masukkan sotong tadi. Gaul rata
7.     Masukkan cili api dan daun kari. Gaul sebentar.
8.     Tutup api. Siap untuk dimakan.